Wednesday, March 6, 2019

BIASISWA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KERJAYA PELAUT

Hello semuaaa..
kalini ini nk sembang-sembang berkenaan biasiswa yang para pelaut boleh cuba apply.
Biasiswa ini dari Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL),Jabatan Laut Malaysia kepada pelaut-pelaut yang berminat untuk meningkatkan kopetensi samada bahagian dek atau injin bagi pelayaran persisiran pantai (Near Coastal Voyage).


Antara Kursusnya adalah :-
Bahagian Deck
-Officer in charge of Navigational Watch of 500GT or more Near Coastal Trade Voyage 
-Master and Chief Mate of Between 500GT and 3000GT Near Coastal Trade Voyage
- Master and Chief Mate of 3000GT or more Near Coastal Trade Voyage 

Bahagian Injin 
-Officer in charge of Engineering Watch of 750kW or more Near Coastal Trade Voyage 
- Chief and Second Engineer of Between 750kW and 3000kW Near Coastal Trade Voyage 
- Chief and Second Engineer of 3000kW or more Near Coastal Trade Voyage


Terdapat beberapa syarat atau kriteria yang telah ditetapkan Lihat disini.Sekiranya ada pada tuan-tuan bolehlah membuat permohonan munggunakan borang  di sini.Pastikan isi dengan lengkap kerana borang yang tidak lengkap akan menjejaskan permohonan anda.Tapisan akan dilalukan oleh KWPPL berdasarkan permohonan yang diterima dan calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga.Menghadiri temuduga tidak bererti permohonan lulus. untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi terus Jabatan Laut@ Sila rujuk notis dan maklumat di laman web rasmi JLM untuk maklumat lebih lengkap.

Kepada Pelaut-Pelaut semua jangan lepaskan peluang ini.

Monday, October 29, 2018

Bagaimana untuk jadi PELAUT,SEAMAN,SEAFARER?

Salam Sejahtera...

ok, hari ini nak berkongsi cara /langkah untuk jadi pelaut..pertama sekali mestilah kena ada minat...minat penting sebab dengan minat anda akan explore kerjaya anda itu seluas lautan.kalau ada minat,kita suka,perkara itu akan menjadi mudah .

Mesti ramai yang sudah tahu cara untuk jadi pelaut kn???? Tak apa....AMPISB tetap akan becerita juga disini. Kita tengok satu-satu ok!!!

Umur > seelok-eloknya lepasan SPM ,sihat tubuh badan dan kuat semangat.(anda ada ciri-ciri tersebut???) ok jom kita tengok cara seterusnya

Untuk menjadi seorang pelaut,anda perlu memiliki KAD PELAUT. Untuk membuat kad pelaut ini anda perlu membuat medical check up @marine medical dari klinik yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia SAHAJA .Boleh tengok senarai klinik disini (sebelum pergi buat medical seeloknya hubungi dahulu klinik tersebut untuk kepastian)

Seterusnya,sekirannya medical anda FIT/Layak tidak ada apa-apa masalah,bawa medical yang dibuat tersebut ke Jabatan Laut Malaysia yang berhampiran dengan anda,tapi sebelum tu anda perlu sediakan wang pos RM50.00 , Gambar berukuran Passport sekeping dan Kad Pengenalan.Proses buat kad pelaut sekejap sahaja jika tiada masalah.Di jabatan Laut juga anda boleh dapatkan seaman book/discharge Book.

Seterusnya, bila sudah ada kad pelaut ini,baru boleh ambil kursus di institusi -institusi latihan maritim yang diiktiraf oleh jabatan laut .AKADEMI MARITIM PENJANA ILMU adalah salah satu institusi latihan yang diiktiraf oleh jabatan laut.

Terdapat 2 kursus yang perlu diikuti iaitu
1)BASIC TRAINING (BT)
2) SECURITY AWARENESS(SSA)

fire prevention &fire fighting











personal survival technique 
  











Bagi yang naik kapal tangki / chemical perlu mengambil kursus BASIC TRAINING OIL AND CHEMICAL TANKER.

Sijil-sijil ini akan siap dalam 5hari waktu bekerja Jabatan Laut Malaysia selepas tamat kursus....

Bila sudah ada semua ini,baru layak naik kapal...SELAMAT BELAYAR...






Wednesday, October 24, 2018

Hello Everyone

                                         AKADEMI MARITIM PENAJA ILMU(AMPISB)


AMPISB is private company that focuses on the training of seafarer s that compliance with National Shipping Ordinance and International Standard set by the international convention on standards of Training,Certification and Watch Keeping for Seafarer(STCW) 78 amendment 2010.



AMPISB  are located at Prai,Penang about 10 minute from KTM Stesen and Bus Terminal,Butterworth (Penang Sentral coming soon) and 30 minute from Penang International Airport (without traffic jam)