Monday, October 29, 2018

Bagaimana untuk jadi PELAUT,SEAMAN,SEAFARER?

Salam Sejahtera...

ok, hari ini nak berkongsi cara /langkah untuk jadi pelaut..pertama sekali mestilah kena ada minat...minat penting sebab dengan minat anda akan explore kerjaya anda itu seluas lautan.kalau ada minat,kita suka,perkara itu akan menjadi mudah .

Mesti ramai yang sudah tahu cara untuk jadi pelaut kn???? Tak apa....AMPISB tetap akan becerita juga disini. Kita tengok satu-satu ok!!!

Umur > seelok-eloknya lepasan SPM ,sihat tubuh badan dan kuat semangat.(anda ada ciri-ciri tersebut???) ok jom kita tengok cara seterusnya

Untuk menjadi seorang pelaut,anda perlu memiliki KAD PELAUT. Untuk membuat kad pelaut ini anda perlu membuat medical check up @marine medical dari klinik yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia SAHAJA .Boleh tengok senarai klinik disini (sebelum pergi buat medical seeloknya hubungi dahulu klinik tersebut untuk kepastian)

Seterusnya,sekirannya medical anda FIT/Layak tidak ada apa-apa masalah,bawa medical yang dibuat tersebut ke Jabatan Laut Malaysia yang berhampiran dengan anda,tapi sebelum tu anda perlu sediakan wang pos RM50.00 , Gambar berukuran Passport sekeping dan Kad Pengenalan.Proses buat kad pelaut sekejap sahaja jika tiada masalah.Di jabatan Laut juga anda boleh dapatkan seaman book/discharge Book.

Seterusnya, bila sudah ada kad pelaut ini,baru boleh ambil kursus di institusi -institusi latihan maritim yang diiktiraf oleh jabatan laut .AKADEMI MARITIM PENJANA ILMU adalah salah satu institusi latihan yang diiktiraf oleh jabatan laut.

Terdapat 2 kursus yang perlu diikuti iaitu
1)BASIC TRAINING (BT)
2) SECURITY AWARENESS(SSA)

fire prevention &fire fighting











personal survival technique 
  











Bagi yang naik kapal tangki / chemical perlu mengambil kursus BASIC TRAINING OIL AND CHEMICAL TANKER.

Sijil-sijil ini akan siap dalam 5hari waktu bekerja Jabatan Laut Malaysia selepas tamat kursus....

Bila sudah ada semua ini,baru layak naik kapal...SELAMAT BELAYAR...






3 comments:

  1. LPS tu dh amik khusus terus boleh keje kapal ke...company mana yg kita blh apply

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya ingin mbawa bot pelancong dari besut ke pulau perhentian. Apakah dengan kad seaferers tu memadai?

    ReplyDelete
  3. tolong share sekejap klinik mana boleh buat medical check-up Seafarer dan seaman area kulim @ penang ..please urgent!! sangat²

    ReplyDelete